KUALA LUMPUR: Pelan MediAsas yang bakal dilaksanakan kerajaan adalah skim insurans perubatan dan takaful secara sukarela, bukannya insurans kesihatan nasional yang memberikan perlindungan secara automatik kepada seluruh rakyat Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, berkata pendekatan itu berbeza berbanding sistem di sesetengah negara jiran kerana Malaysia mempunyai sistem perkhidmatan kesihatan dwi-sistem, iaitu hospital kerajaan dan swasta.

Beliau berkata, perlindungan menerusi skim berkenaan tertumpu kepada individu yang memilih untuk mencarum secara ansuran bagi mendapatkan akses kepada rawatan perubatan di hospital yang menyertainya.

"MediAsas buat setakat ini bukannya insurans kesihatan nasional, ia adalah skim insurans secara sukarela.