KUALA LUMPUR: Pasukan Polis Marin Marin menahan 28 warga Indonesia termasuk seorang kanak-kanak selepas memintas sebuah bot kayu disyaki digunakan untuk menyeludup migran tanpa dokumen sah memasuki negara ini di perairan Tanjung Hantu, Segari, semalam.

Bot dipintas kira-kira 2.2 batu nautika dari Tanjung Hantu pada jam 1.15 pagi menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu Op Khas Musim Perayaan dan Op Taring Gelora.

Komander Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Jaffri Bidin, berkata tiga lelaki warga Indonesia dipercayai tekong bot dan pembantunya ditahan dalam operasi itu.

"Hasil pemeriksaan terhadap bot kayu jenis pom-pom yang tidak berdaftar itu menemukan 25 warga asing lain, terdiri 16 lelaki dewasa, lapan wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki.