Pelajar Universiti Malaya (UM), Ummi Umairah Bakhit, jadi tumpuan pada Oktober kerana persoal kempen derma Najib Razak membayar denda RM50 juta. (Gambar Facebook)KUALA LUMPUR: Seorang ahli penyokong kerajaan menyeru seorang pelajar Universiti Malaya (UM) yang mengkritik kempen derma untuk bekas perdana menteri, Najib Razak, diiktiraf 'tokoh siswazah negara'.
RSN Rayer (PH-Jelutong), berkata pelajar sarjana muda bidang ekonomi, Ummi Umairah Bakhit, layak mendapat pengiktirafan di atas keberaniannya bersuara melawan rasuah.
"Saya meminta supaya beliau dijadikan seorang tokoh siswazah negara," katanya ketika perbahasan belanjawan Kementerian Pendidikan Tinggi, di Dewan Rakyat.
Ummi, 23, menjadi tumpuan bulan lalu susulan mempersoalkan kempen mengumpul dana membantu Najib membayar denda RM50 juta semasa satu dialog bersama pemimpin politik di Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Masa Depan Antarabangsa, di Kuala Lumpur.







