LONDON: Manchester United dihantui kelemahan benteng pertahanan apabila dibolosi 30 gol dalam semua pertandingan musim ini meletakkan mereka antara pasukan paling rapuh di Eropah.

Statistik itu didedahkan selepas skuad kendalian Michael Carrick sekali lagi gagal mengawal barisan serangan lawan ketika terikat 4-4 dengan Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford.

Menurut laporan TNT Sports, tiada pasukan daripada lima liga utama Eropah dibolosi lebih banyak gol berbanding United dalam semua pertandingan pada musim ini.

Kelemahan itu turut terserlah ketika menentang Villa apabila United melepaskan dua gol dalam tempoh empat minit pertama sebelum sekali lagi dibolosi dua kali pada awal babak kedua.