Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Najib Razak mengemukakan permohonan bertulis supaya sebuah lagi kediaman diwartakan sebagai lokasi tahanan rumahnya. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Najib Razak memohon untuk menjadikan sebuah lagi kediaman sebagai lokasi kedua bagi tahanan rumahnya, namun ditolak, kata Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, di Dewan Rakyat.

Saifuddin berkata Najib mengemukakan permohonan bertulis supaya sebuah lagi kediaman diwartakan sebagai lokasi tahanan rumahnya.

“Buat masa ini, kita terikat dengan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, iaitu hanya satu rumah (di Langgak Duta) boleh digunakan.

“Kita tidak dapat memenuhi permohonan Najib,” kata menteri itu kepada Dewan Rakyat.