Menteri dalam negeri berkata individu selain ahli keluarga perlu mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu untuk tinggal bersama bekas perdana menteri itu.
Key takeaways
Saifuddin memaklumkan bahawa Najib dibenar tinggal bersama ahli keluarga tertentu semasa tahanan rumah, namun perlu kebenaran bertulis untuk menerima pelawat lain. Syarat pengampunan bersyarat ini juga melarang penggunaan peranti telekomunikasi yang tidak didaftarkan serta aktiviti politik.
- Lembaga Pengampunan menetapkan empat kategori syarat termasuk sekatan tempat tinggal, pergerakan, penggunaan telefon dan program pemulihan.
- Najib hanya boleh tinggal bersama isteri, anak, menantu dan cucu tanpa kebenaran bertulis tambahan.
- Syarat ini turut menjadi panduan untuk mengendalikan kes pengampunan bersyarat yang serupa pada masa hadapan.
Summarised automatically by AI from the original article by Free Malaysia Today. AI can make mistakes, so check the original for details.
Najib Razak mula menjalani baki hukuman penjara enam tahun bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah pada Selasa lalu.KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Najib Razak dibenarkan tinggal bersama ahli keluarganya sepanjang menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.
Saifuddin memberitahu Dewan Rakyat, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan menetapkan empat kategori syarat dalam perintah pengampunan bersyarat Najib.
Katanya, syarat itu merangkumi sekatan berkaitan tempat tinggal dan pergaulan, pergerakan dan lawatan, penggunaan telefon serta peranti telekomunikasi, selain kewajipan menyertai program pemulihan dan intervensi.