Anwar Ibrahim tepis dakwaan Hamzah Zainudin yang kenyataannya dalam wawancara dengan Al Jazeera menyokong penggunaan kekuatan ketenteraan China terhadap Taiwan sehingga mencetuskan kemarahan Taipei.KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menepis kritikan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin yang mempersoalkan mengapa beliau perlu ‘rock the boat’ dalam isu Taiwan.

Anwar menegaskan kenyataannya tidak menyimpang daripada Dasar Satu China yang diamalkan Malaysia sejak 1974.

Beliau turut menafikan dakwaan Hamzah bahawa kenyataannya dalam wawancara dengan Al Jazeera menyokong penggunaan kekuatan ketenteraan China terhadap Taiwan sehingga mencetuskan kemarahan Taipei.

"Apakah saya kata setuju pasal itu China menyerang Taiwan? Saya kata tak," katanya menjawab soalan tambahan Hamzah (PN-Larut) di Dewan Rakyat.