Mujibburrahman Abd Rashid pada sesi penyerahan cek cura BSN Care Sekolah Angkat MADANI 2026 kepada SMK Bukit Nenas.PETALING JAYA: Bank Simpanan Nasional (BSN) menaik taraf gimnasium Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Nenas di Setiu, Terengganu, bagi menyediakan kemudahan latihan lebih baik kepada pelajar dalam usaha melahirkan pelapis atlet negara.

Sekolah itu telah melahirkan beberapa atlet kebangsaan termasuk pemain bola sepak Safawi Rasid dan Azam Azmi, selain atlet olahraga Azreen Nabila Alias dan Ruslem Zikry Putra Roseli.

Gimnasium yang dinaik taraf menerusi Program BSN Care Sekolah Angkat MADANI 2026 itu diserahkan kepada pihak sekolah baru-baru ini.

Ia sebagai tanggungjawab sosial korporatnya bagi penambahbaikan kemudahan berkenaan bertujuan menyediakan persekitaran lebih selamat dan kondusif bagi menyokong pembelajaran serta latihan sukan pelajar.