Bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, menyeru kepada konsisten dalam mempertahankan Perlembagaan dan menghormati institusi raja berperlembagaan.PETALING JAYA: Bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, mencabar menteri daripada DAP supaya meletakkan jawatan sekiranya enggan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong berhubung isu pengampunan dan pelaksanaan tahanan di rumah bagi Najib Razak.

Khairy menjelaskan beliau bukan meminta mana-mana pihak mempertahankan Najib atau bersetuju dengan keputusan pengampunan tersebut, sebaliknya, menyeru kepada konsistensi.

Beliau mengimbau ketegasan semua pihak untuk menghormati titah Agong ketika baginda memecahkan kebuntuan politik yang membawa kepada pembentukan kerajaan perpaduan, selepas PRU15.