Helsinki: Finland mengambil langkah menyekat pengeluaran visa kepada atlet Rusia dengan menegaskan mereka tidak mempunyai kepentingan untuk memasuki negara itu selagi perang di Ukraine masih berterusan.
Keputusan itu diumumkan kerajaan Finland pada Khamis menerusi satu resolusi yang memperketatkan syarat kemasukan rakyat Rusia yang memohon visa kerja jangka pendek, termasuk bagi tujuan sukan profesional.
Menteri Luar Finland, Elina Valtonen berkata, kehadiran atlet Rusia di negara itu boleh menjejaskan hubungan antarabangsa Finland ketika konflik antara Rusia dan Ukraine masih belum berakhir.
"Selagi perang pencerobohan Rusia berterusan, atlet Rusia tidak mempunyai urusan di Finland. Kemasukan mereka ke negara ini akan menjadi ancaman kepada hubungan antarabangsa Finland," katanya dalam satu kenyataan.








