Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, berkata terpulang kepada Badan Peguam jika berpandangan mempunyai asas mempersoal keputusan tahanan rumah Najib Razak. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Badan Peguam berhak mengambil tindakan undang-undang mencabar keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berhubung kebenaran bekas perdana menteri, Najib Razak, menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, berkata tindakan itu terpulang kepada badan berkenaan sekiranya berpendapat mempunyai asas mempersoalkan keputusan itu.

“… tapi saya selalu tekan bahawa bila bercakap tentang isu di bawah Perkara 42, ia adalah dipertimbangkan apa yang disebut sebagai 'the prerogative of mercy', yang kita tahu memang adalah antara kuasa-kuasa yang diberi secara penuh budi bicara kepada Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42, kuasa pengampunan.