Salam Datuk saya ingin bertanya, bagaimanakah keadaan seseorang itu kononnya dia mendapat 'anugerah' daripada Allah untuk mengubati orang sakit, bukankah memerlukan kepada pembelajaran dengan guru yang fakih dan bukan hanya bergantung kepada anugerah itu?

Dalam masyarakat Islam, terdapat individu yang mendakwa mempunyai kelebihan atau kemampuan tertentu untuk mengubati penyakit hasil daripada suatu anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT. Ada yang menyatakan bahawa kebolehan tersebut diperoleh melalui mimpi, ilham, pengalaman kerohanian, keturunan atau berlaku secara tiba-tiba tanpa pernah mempelajari ilmu perubatan daripada mana-mana guru.

Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah dakwaan sedemikian boleh diterima menurut Islam? Adakah seseorang boleh menjadi pengamal perubatan Islam semata-mata kerana mendakwa menerima anugerah daripada Allah SWT? Tidakkah seseorang yang ingin merawat pesakit perlu terlebih dahulu mempelajari ilmu berkaitan daripada guru yang berkelayakan dan memahami batasan hukum syarak?