PELAKON: Iman Zulkarnain, Azhan Rani, Vanida Imran, Fatin Afeefa, Puteri Rayyana dan Altimet
(Ulasan filem ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya menonton filem berkenaan)
Apabila melihat poster filem genre seram thriller Bisikan, pastinya ramai terbayang bahawa ia adalah filem seram yang biasa ditonton di pawagam.
Hakikatnya, filem arahan Opie Zami yang diinspirasikan daripada kes sebenar itu membawa penonton menyelami dunia daripada perspektif seseorang yang menghidap skizofrenia.









