Avaland Berhad memperkukuh pembangunan ekosistem komersial di perbandaran Cybersouth menerusi kemasukan tiga jenama baharu iaitu MYDIN, San Francisco Coffee dan Maplewood International School di Meria Commercial Hub (Meria).
Key takeaways
Avaland Berhad memperkenalkan tiga jenama baharu di Meria Commercial Hub, Cybersouth, termasuk MYDIN, San Francisco Coffee dan Maplewood International School.
- MYDIN akan menjadi penyewa utama di Meria, membuka cawangan pertamanya di Lembah Klang Selatan.
- San Francisco Coffee memperluas pilihan makanan dan minuman di kawasan tersebut.
- Maplewood International School menyediakan kemudahan pendidikan untuk penduduk Cybersouth.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
PETALING JAYA: Avaland Berhad memperkukuh pembangunan ekosistem komersial di perbandaran Cybersouth menerusi kemasukan tiga jenama baharu iaitu MYDIN, San Francisco Coffee dan Maplewood International School di Meria Commercial Hub (Meria).
Kemasukan jenama berkenaan dijangka meningkatkan daya tarikan komersial Meria selain menyediakan kemudahan peruncitan, makanan dan minuman (F&B) serta pendidikan yang lebih menyeluruh kepada penduduk Cybersouth dan kawasan sekitarnya.
MYDIN Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), antara rangkaian peruncitan dan pemborongan tempatan terbesar negara, akan bertindak sebagai penyewa utama di Meria, sekali gus menandakan pembukaan cawangan milik sendiri pertamanya di kawasan Lembah Klang Selatan.