GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan inisiatif baharu pada Sidang Kemuncak Iklim COP31 di Antalya, Turkiye, yang bertujuan mendapatkan akses kepada pembiayaan risiko bencana berjumlah lebih AS$3 bilion bagi melindungi 75 juta penduduk serta mata pencarian mereka menjelang 2030, lapor Anadolu Ajansi.
Platform Pembiayaan Risiko Bencana (DRF) PBB menghimpunkan enam agensi badan dunia itu bagi meningkatkan akses kepada pembiayaan sebelum kecemasan berkaitan iklim dan bencana alam menjadi semakin serius.
Inisiatif itu bertujuan menjadikan pembiayaan kecemasan lebih terjamin dan boleh dijangka melalui penggabungan kepakaran, perkongsian data serta penyelarasan sumber, termasuk menerusi kerjasama dengan sektor swasta dan industri insurans.









