Mahkamah Perusahaan arah penuntut dibayar tunggakan gaji berdasarkan gaji terakhir RM9,880 sebulan bagi tempoh 22 bulan, berserta pampasan sebagai ganti pengembalian semula jawatan. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Jurukamera Astro yang dipecat kerana didakwa menstrim kandungan Astro Ceria secara haram melalui akaun peribadinya diberikan pampasan RM474,240 oleh Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur yang memutuskan pemecatan itu sebagai tidak adil.

Pengerusi Mahkamah Perusahaan Augustine Anthony, berkata panel siasatan dalaman (DI) yang mendapati Chen Ken Tatt bersalah, telah memindahkan beban pembuktian secara tidak wajar kepada pekerja tersebut untuk menunjukkan dia bukannya individu menstrim kandungan AstroGo dalam aplikasi haram, HotTV.