Setakat 30 Sept, jumlah aset pelaburan KWSP adalah RM1.55 trilion dengan 38% daripadanya dilaburkan di peringkat global.PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM83.32 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama berakhir pada 30 Sept, iaitu meningkat 30% berbanding RM63.99 bilion dalam tempoh sama pada 2025.
Dana simpanan persaraan itu menjelaskan jumlah pendapatan pelaburan bagi suku ketiga 2026 itu meningkat tiga peratus kepada RM25.82 bilion, berbanding RM25.07 bilion pada suku sama tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Ahmad Zulqarnain Onn, berkata keputusan bagi tempoh sembilan bulan pertama itu mencerminkan daya tahan portfolio pelaburan yang pelbagai dan kesinambungan strategi seperti dilaksanakan pada suku sebelumnya.








