Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) cadang golongan B40 turut diberikan diskaun tambang ECRL, agar kemudahan itu mampu dinikmati lebih ramai rakyat berpendapatan rendah.KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran memperluas pemberian diskaun tambang perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kepada golongan B40, khususnya penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan mereka yang berdaftar dengan eKasih.

Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) berkata, cadangan itu adalah bagi memastikan kemudahan itu mampu dinikmati lebih ramai rakyat berpendapatan rendah.

Tambahnya, jika kerajaan boleh menyediakan diskaun 50% bagi warga emas dan orang kurang upaya (OKU), selain tambang khas bagi pelajar, golongan B40 juga wajar diberikan pertimbangan sama.