Keluarga Glazer dan pemilik minoriti Manchester United, Jim Ratcliffe digesa bertanggungjawab terhadap kemerosotan kelab itu
Key takeaways
Persatuan Penyokong Manchester United mendesak keluarga Glazer dan Jim Ratcliffe bertanggungjawab atas kemerosotan prestasi serta ketidakstabilan pengurusan kelab. MUST menegaskan masalah ini berpunca daripada kegagalan pemilik, bukan sekadar pemecatan Michael Carrick.
- MUST menyatakan pemecatan Michael Carrick tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelak tanggungjawab pemilik kelab.
- Pengambilalihan oleh keluarga Glazer yang dibiayai hutang didakwa terus membebankan kewangan Manchester United.
- INEOS milik Jim Ratcliffe didakwa gagal memenuhi janji kecemerlangan sukan susulan pertukaran kepimpinan berulang kali.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
LONDON: Keluarga Glazer dan pemilik minoriti Manchester United, Jim Ratcliffe digesa bertanggungjawab terhadap kemerosotan kelab itu yang terus dibelenggu masalah prestasi serta ketidakstabilan pengurusan.
Persatuan Penyokong Manchester United (MUST) menegaskan, pemecatan Michael Carrick tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan pihak pemilik menangani masalah yang sudah berlarutan sejak sekian lama.
Menurut MUST, pengambilalihan United oleh keluarga Glazer yang dibiayai menerusi hutang terus membebankan kelab itu, manakala syarikat kimia multinasional Britain, INEOS milik jutawan Jim Ratcliffe pula didakwa gagal memenuhi janji membawa kecemerlangan sukan susulan pertukaran kepimpinan bola sepak yang berulang kali berlaku.