Masjid Tanah: Kedudukan Kerajaan Persekutuan sedia ada tidak tergugat sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu timbul apabila sesetengah pihak menjangkakan pembentukan kerajaan baru akan berlaku selepas melihat kerjasama baik antara kedua-dua gabungan itu dalam PRN kali ini.
"Jika Melaka dapat menyumbang keputusan yang baik untuk kemenangan dalam pilihan raya ini menerusi kerjasama UMNO dan PAS, sudah tentu ada pihak yang menjangkakan kerajaan baharu akan dibentuk selepas pilihan raya akan datang.
"Namun setakat hari ini, saya tidak melihat sebarang tanda bahawa kita akan menggugat kerajaan sedia ada," katanya selepas menyertai konvoi motosikal sempena program Flashmob BN di sini, hari ini.








