Mangsa yang juga ibunya dipercayai maut akibat dijerut di sebuah rumah di Banting, Kuala Langat, semalam, kata polis. (Gambar Rawpixel)SHAH ALAM: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan ibunya yang dipercayai maut akibat dijerut di sebuah rumah di Banting, Kuala Langat, semalam.

Ketua Polis Kuala Langat, Mohd Akmalrizal Radzi, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung seorang wanita tempatan berusia lingkungan 50-an ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira 1 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan cara dijerut.

“Susulan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.