SEBELUM ini, majalah dan gambar di Internet menjadi sumber rujukan pemuda ini untuk menghias rumah atau menyempurnakan projek berkaitan dekorasi.
Kini, Mohd Muhajir Zakaria, 29, memanfaatkan aplikasi ChatGPT bagi mendapatkan ilham dekorasi seperti yang diinginkan.
Dua bulan lalu, pencipta kandungan dan penghias dalaman bebas itu melakukan percubaan menghias ruang tamu rumahnya di Taman Seri Raia, Ipoh, Perak berpandukan ChatGPT.
Hasilnya tidak mengecewakan kerana Mohd Muhajir dapat menterjemahkan idea diberi dengan kreativitinya bagi menghias ruang tamu berkonsepkan muji seperti diimpikan.










