MELAKA: Selepas bahang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berakhir tengah malam tadi, kuasa memilih kini beralih kepada 675,166 pengundi biasa yang akan menentukan nasib 79 calon yang bersaing di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Dari pentas ceramah hingga ke pertemuan secara bersemuka, pelbagai strategi digerakkan oleh parti politik sepanjang 14 hari berkempen bagi meyakinkan rakyat bahawa mereka adalah pilihan terbaik untuk membawa suara dan aspirasi penduduk negeri bersejarah ini.
Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dr Azmi Sharom menyasarkan peratusan keluar mengundi sekitar 70 peratus pada PRN kali ini dengan keputusan penuh dijangka diketahui sebelum 12 tengah malam.









