Ab Rauf Yusoh yang juga calon BN bagi DUN Tanjung Bidara bersama isterinya, Zuriyah Abd Aziz ketika mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram.MASJID TANAH: Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh bersama isterinya, Zuriyah Abd Aziz, selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka yang juga calon bagi kerusi DUN Tanjung Bidara itu tiba di pusat mengundi berkenaan kira-kira 8.15 pagi sebelum mengundi pada 8.35 pagi.
Selepas selesai mengundi, beliau meluangkan masa beramah mesra dengan pengundi dan orang ramai yang berada di pusat pengundian berkenaan.
Ab Rauf ketika ditemui media berkata, beliau bersyukur kerana dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia serta menggunakan hak mengundi di kawasan berkenaan.









%2Ffile%2Fattachments%2F888%2F0ad6f17626f4c1dfc302a4c58e24734b_287093.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)