MASJID TANAH –Seorang pesara kerajaan, Jusop Karim sempat menunaikan rutinnya dengan berjoging dan menikmati sarapan terlebih dahulu sebelum ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Duyong untuk menunaikan tanggungjawab.

Dia yang telah berumur 80 tahun memberitahu, biarpun telah beberapa kali mengundi perasaan teruja tetap ada terutama dalam memilih kepimpinan yang bakal menerajui Dewan Undangan Negeri Duyong.

“Saya joging dulu lepas tu singgah minum kemudian baru mengundi pagi ni.

“Saya pun sudah umur 80 tahun, sudah berapa kali pilihan raya dan masih teruja menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong di SK Seri Duyong, di sini, pagi ini.