Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh selesai menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 8.38 pagi ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara itu hadir mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Alor Gajah diiringi isteri Datin Seri Zuriyah Ab Aziz, yang turut mengundi di lokasi sama.

Ditemui media selepas itu, Ab Rauf berharap semua pengundi Melaka keluar untuk menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat masing-masing, hari ini.

PRN kali ini menyaksikan Ab Rauf berhadapan saingan satu lawan satu dengan calon Pakatan Harapan (PH) Mohd Yunazri Mustamiri, yang membuat penampilan sulungnya di pentas pilihan raya.