Nazery Khalid berkata kerjasama dan perkongsian data antara agensi perlu dipertingkat bagi elak ketirisan hasil akibat pengisytiharan eksport tak tepat.
Key takeaways
Nazery Khalid menggesa penghapusan budaya silo dan peningkatan teknologi digital untuk memperkukuh pemantauan eksport Malaysia. Langkah ini bertujuan meningkatkan ketelusan, mengurangkan ketirisan hasil, dan menangani risiko kesihatan awam daripada kargo campuran.
- Indonesia akan memantau eksport arang batu, minyak sawit dan ferroaloi bernilai kira-kira USD60 bilion melalui agensi DSI.
- Fi perkhidmatan eksport Indonesia dijangka diumumkan pada Disember sebelum operasi penuh bermula Januari 2027.
- Penggunaan teknologi digital membantu agensi membuat keputusan tepat berdasarkan data dan memudahkan perkongsian maklumat.
Summarised automatically by AI from the original article by Free Malaysia Today. AI can make mistakes, so check the original for details.
Nazery Khalid berkata penggunaan teknologi digital dan penyelarasan kukuh dapat memastikan nilai kargo diisytiharkan sepadan dengan penghantaran sebenar.PETALING JAYA: Agensi kerajaan yang terbabit dalam pemantauan eksport komoditi perlu memperkukuh kerjasama dan perkongsian data bagi membendung ketirisan hasil negara akibat pengisytiharan eksport yang tidak tepat, kata penganalisis maritim.
Nazery Khalid berkata budaya kerja secara berasingan atau silo antara agensi perlu dihapuskan bagi memastikan proses dokumentasi, pemeriksaan dan penguatkuasaan eksport dilaksanakan dengan lebih berkesan serta telus.
Menurut profesor adjung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu, penggunaan teknologi digital juga perlu dipertingkat bagi memudahkan perkongsian maklumat dan membolehkan pemantauan lebih menyeluruh sepanjang rantaian bekalan.