Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Mas Ermieyati Samsudin (empat dari kanan) bersama kira-kira 20 ahli delegasi Kaukus Ahli Parlimen Wanita Asia yang dibawa ke Melaka hari ini untuk melihat proses pengundian sempena PRN. (Gambar Mas Ermieyati) AYER KEROH: Kira-kira 20 ahli delegasi Kaukus Ahli Parlimen Wanita Asia atau Asian Women Parliamentarian Caucus (AWPC) dibawa ke Melaka hari ini bagi menyaksikan proses demokrasi dan pengundian PRN Melaka.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Mas Ermieyati Samsudin, berkata lawatan itu merupakan sebahagian daripada program sempena Mesyuarat AWPC 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur dari 12 hingga 14 November.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, lawatan ke Melaka dirancang bagi memberi pendedahan secara langsung kepada delegasi antarabangsa mengenai perjalanan proses demokrasi dalam pilihan raya di Malaysia.







