Ketua tempat mengundi menghentikan proses mengundi untuk Jason Tze-Xi Nathan kerana tidak pasti sama ada calon dibenarkan mengundi atau tidak.
Key takeaways
Calon Pakatan Harapan di Pengkalan Batu, Jason, berdepan detik cemas apabila proses mengundi di SMKA Sultan Muhammad, Batu Berendam dihentikan seketika kerana ketua tempat mengundi tidak pasti sama ada calon dibenarkan mengundi.
- Kejadian berlaku kira-kira 9 pagi dan proses mengundi disambung semula dua minit kemudian selepas pengesahan diperoleh.
- Ketua tempat mengundi menghentikan proses kerana melihat mesej dalam kumpulan yang menyatakan calon tidak boleh mengundi.
- Jason berdepan saingan empat penjuru yang melibatkan calon Barisan Nasional, Parti Bersama Malaysia dan Bersatu.
Summarised automatically by AI from the original article by Free Malaysia Today. AI can make mistakes, so check the original for details.
Calon PH bagi Pengkalan Batu Jason Tze-Xi Nathan mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad di Batu Berendam pagi tadi.HANG TUAH JAYA: Calon Pakatan Harapan bagi Pengkalan Batu, Jason Tze-Xi Nathan berdepan detik cemas disebabkan kekeliruan ketika mengundi pagi tadi.
Menurutnya, kejadian berlaku di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad, Batu Berendam kira-kira 9 pagi tadi, ketika sedang menerima kertas undi sebelum ketua tempat mengundi (KTM) tiba-tiba menghentikan proses itu.
"KTM menghentikan proses itu kerana tidak pasti sama ada calon dibenarkan mengundi atau tidak.
"Menurut KTM, beliau melihat satu mesej dalam sebuah kumpulan yang menyatakan calon tidak boleh mengundi, justeru beliau perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak atasan," katanya ketika dihubungi.