Saham Nvidia susut lagi 2.01% pada Jumaat, menyebabkan nilai pasarannya ditutup di bawah USD4 trilion buat kali pertama sejak Julai 2025, susulan dakwaan hubungan sulit membabitkan bekas CEO Jensen Huang. (Gambar EPA Images)PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen pembangkang menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendedahkan nilai semasa pegangan sahamnya dalam Nvidia serta sama ada dana persaraan itu mengalami kerugian susulan kontroversi yang mengaitkan bekas CEO syarikat teknologi itu, Jensen Huang.
Susulan laporan bahawa KWSP memiliki saham Nvidia bernilai kira-kira RM5.6 bilion setakat 30 Jun lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan, berkata pencarum perlu mengetahui risiko yang dihadapi memandangkan ketidaktentuan pasaran yang perlu ditangani pengeluar cip itu.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FIsmailLasim2_490242.png&w=480&output=webp&q=85&we)