Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata dua pesawat telah diterima manakala empat lagi tiba sebelum LIMA 2027.
KOTA TINGGI: Malaysia dijangka menerima keseluruhan 18 pesawat pejuang ringan FA-50M dari Korea Selatan menjelang Mac 2028 bagi memperkukuh keupayaan pertahanan udara negara.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata dua pesawat telah diterima setakat ini, manakala empat lagi dijadual tiba pada April tahun depan sebelum berlangsungnya Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2027.
Beliau berkata baki 12 pesawat dijangka diterima pada Mac 2028, sekali gus melengkapkan penghantaran keseluruhan 18 pesawat yang diperoleh kerajaan.








