KUALA LUMPUR: Seramai 469,980 pengundi biasa atau 70.23 peratus daripada keseluruhan 669,211 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, setakat jam 5.30 petang ini.

Berdasarkan data sementara dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi portal ElectionData.MY, Dewan Undangan Negeri (DUN) N26 Serkam merekodkan peratusan keluar mengundi tertinggi, iaitu sebanyak 79.45 peratus.

DUN N22 Bandar Hilir mencatatkan peratusan keluar mengundi paling rendah setakat tempoh berkenaan dengan kadar 57.43 peratus.

Menurut perincian data berkenaan, angka 70.23 peratus itu hanya merangkumi kategori pengundi biasa dan tidak termasuk undi awal serta undi pos.