BN dan PN mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas menang PRN Melaka.PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi memenangi 24 daripada 28 DUN pada PRN Melaka ke-16, sekali gus memperoleh majoriti lebih dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri.
BN memenangi 21 kerusi, menyamai pencapaiannya pada PRN 2021 manakala PN menang tiga.
Pakatan Harapan (PH) pula hanya memenangi empat kerusi berbanding lima pada 2021, semuanya menerusi DAP di Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir.
Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh mempertahankan kerusi Tanjung Bidara dengan majoriti 8,615 undi, meningkat ketara berbanding hanya 364 undi pada PRN 2021.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fml12_512151.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
