PILIHAN Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 hari ini menyaksikan seramai 79 calon bersaing di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan jumlah pemilih berdaftar yang layak mengundi adalah seramai 687,697 orang.

Angka ini termasuk 12,531 anggota tentera dan pasangan serta polis yang telah menunaikan tanggungjawab menerusi pengundian awal pada 10 November lalu.

Sebanyak 240 pusat mengundi biasa diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan 1,213 saluran dibuka di seluruh negara bermula 8 pagi hingga 6 petang bagi membolehkan pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab masing-masing, manakala bagi pengundian awal melibatkan 31 pusat mengundi.

Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon paling ramai, iaitu di 24 kerusi diikuti Barisan Nasional (BN) dengan 23 calon, Parti Bersama Malaysia (16), Bersatu (tujuh), Perikatan Nasional (lima), Parti Pribumi Perkasa Malaysia (satu) dan tiga calon Bebas.