redzuan.muharam@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Dakwah bukan tanggungjawab eksklusif ustaz, imam atau ahli agama namun setiap Muslim mempunyai tanggungjawab menyampaikan kebaikan mengikut tahap ilmu, kemampuan dan kedudukannya, kata Mufti Pulau Pinang, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman.

Mohd Sukki berkata, bagaimanapun, niat yang baik saja belum cukup untuk berdakwah sekiranya cara penyampaiannya boleh menimbulkan salah faham terhadap Islam.

Sebaliknya, Mohd Sukki berkata, semangat berdakwah mesti berjalan seiring ilmu, hikmah dan adab.

"Pada asasnya, saya melihat usaha anak muda termasuk saudara baru atau mualaf yang turun mendekati masyarakat untuk memperkenalkan Islam sebagai suatu usaha yang baik dan wajar dihargai.