LOS ANGELES: Juara Terbuka Perancis, Mirra Andreeva menewaskan pemain Amerika Syarikat (AS), Jessica Pegula 6-3, 6-4, awal pagi tadi, untuk mara ke final kejohanan akhir musim Final WTA di Indian Wells, California.

Kemenangan di separuh akhir itu menyaksikan pemain berusia 19 tahun dari Russia berkenaan, yang merangkul gelaran Grand Slam sulungnya di Roland Garros tahun ini, dijangka melonjak dari kedudukan ketiga ke tangga kedua ranking dunia.

Kejohanan penutup musim berkenaan dipindahkan dari Arab Saudi ke California pada Julai susulan konflik peperangan di Asia Barat.

Andreeva kekal tanpa kalah dalam penampilan sulungnya pada acara perseorangan Final WTA selepas mencatat kemenangan peringkat kumpulan ke atas pemain di ranking keenam dunia, Svitolina, pemain nombor dua dunia, Aryna Sabalenka dan Diana Shnaider.