Penegasan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir tepat ketika dinamika Putrajaya kembali bergelora susulan peletakan jawatan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan.
Jika mengikut kenyataan beliau, peletakan jawatannya itu berkuatkuasa apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani perintah penjara di rumah.
Najib mula menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah pada 10 November lalu sehingga 23 Ogos 2028.
Tatkala timbul spekulasi mengenai rombakan Jemaah Menteri bagi mengisi kekosongan portfolio strategik berkenaan, pandangan Ahmad Zahid menggariskan satu hakikat sukar dinafikan.









