KEDUA-dua pemuda ini mempunyai persamaan iaitu sifat introvert dalam diri mereka namun sanggup keluar daripada zon selesa demi menceburi kegiatan dakwah.

Bagaimanapun, mereka tidak memilih masjid namun menghabiskan masa hujung minggu dengan berdakwah di tengah Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang menjadi menjadi lokasi tumpuan orang tempatan juga pelancong.

Mereka sedar tanggungjawab itu tidak mudah namun cuba sedaya upaya dengan harapan dapat berkongsi keindahan ajaran Islam dan menambah bilangan saudara baru dengan izin Allah SWT.

Ikuti perkongsian Muhammad Azim Abdullah Suhaimin dan rakan yang juga mualaf, Adam Tan berkenaan kisah suka duka mereka sebagai pendakwah jalanan, lapor wartawan REDZUAN MUHARAM