Alor Setar: Agensi Nuklear Malaysia yakin varieti padi NMR152 dihasilkan pihaknya, berpotensi membantu pesawah meningkatkan hasil tuaian sehingga 11 tan sehektar, sekiranya diuruskan dengan kaedah penanaman yang betul.

Pegawai Penyelidik Agensi Nuklear Malaysia, Dr Sobri Hussein berkata, varieti padi itu mampu menghasilkan antara tujuh hingga 11 tan sehektar berdasarkan kajian dan pengalaman pesawah yang mengusahakannya sejak ia diperkenalkan pada 2021.

Katanya, kejayaan meningkatkan hasil pengeluaran bukan hanya bergantung kepada penggunaan benih berkualiti sebaliknya turut dipengaruhi kaedah pengurusan sawah yang menyumbang 50 peratus kepada peningkatan hasil.

"Antara kesilapan yang sering dilakukan pesawah ialah menjalankan kerja meracun pada waktu pagi ketika cuaca panas, selain membaja ketika embun masih terdapat pada daun padi.