BN belum merancang untuk membentuk kerjasama atau persefahaman politik dengan PN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), kata pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid bagaimanapun, berkata BN akan mengadakan perbincangan dengan PN apabila tiba masanya, selepas formula kerjasama politik antara kedua-dua gabungan itu terbukti membawa kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan Melaka.

"Apa yang kita lalui, khususnya untuk (PRN) Negeri Sembilan dan Melaka adalah tafahum siyasi atau kesefahaman politik.

"Kita belum pernah merancang untuk ke arah yang lebih jauh lagi tetapi jika tiba masanya dan keadaan memerlukan, kita akan duduk bersama-sama," katanya seperti dilapor Berita Harian.