KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) belum pernah merancang untuk membentuk kerjasama atau persefahaman politik dengan Perikatan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagaimanapun, berkata BN dan PN akan berbincang apabila tiba masanya, selepas formula kerjasama politik antara kedua-dua gabungan itu terbukti sekali lagi membawa kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, semalam.
"Apa yang kita lalui, khususnya untuk (PRN) Negeri Sembilan dan Melaka adalah tafahum siyasi atau kesefahaman politik.
"Kita belum pernah merancang untuk ke arah yang lebih jauh lagi tetapi jika tiba masanya dan keadaan memerlukan, kita akan duduk bersama-sama," katanya.









