Conakry: Serhou Guirassy meraikan penampilan sulungnya sebagai kapten Guinea dengan menjaringkan gol kemenangan ketika membantu pasukannya menewaskan Kenya 1-0 dalam aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2027 awal pagi tadi.
Penyerang Borussia Dortmund itu menjaringkan gol pada minit ke-32 dalam aksi Kumpulan D yang menyaksikan 25,000 penonton memenuhi stadium di Conakry.
Apabila pertahanan sayap Sekou Sylla melakukan larian ke dalam kotak penalti sebelum disekat pemain Kenya, bola melantun kepada Guirassy yang melepaskan rembatan melepasi penjaga gol, Bryne Odhiambo.
Pada babak pertama, penyerang Guinea berusia 30 tahun itu hampir membuka jaringan menerusi sepakan percuma yang terkena palang.






