Pemimpin BN dan PN tidak menolak kemungkinan kerjasama bermula di Negeri Sembilan diikuti Melaka akan diteruskan pada PRU16.PETALING JAYA: Rundingan agihan kerusi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) untuk PRU16 berisiko menjadi rumit jika membabitkan tokoh besar termasuk yang mahu kembali bertanding seperti Nazri Aziz, kata penganalisis.

Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya berkata hasrat bekas ahli majlis kerja tertinggi Umno itu kembali ke Padang Rengas bakal menimbulkan konflik kerana kerusi itu kini disandang Azahari Hasan dari PN.

Tawfik Yaakub.Azhari memberitahu FMT yang beliau tidak akan menyerahkan kerusinya kepada Nazri dan mahu mempertahankannya pada PRU16.

Menurut Tawfik, keadaan itu menjadi ujian terhadap kerjasama BN-PN jika rundingan kerusi dibuat berdasarkan konsep penyandang diutamakan untuk mempertahankan kerusi terbabit pada PRU16.