Menteri Besar Amirudin Shari berkata kerajaan negeri sedia membantu mangsa terjejas, khasnya di Kuala Selangor yang masih berdepan banjir termenung. (Gambar Bernama)SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan meneliti bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil terjejas banjir bagi meringankan beban golongan itu, kata Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, pihaknya bersedia membantu mangsa terkesan itu, terutama di Kuala Selangor yang masih berdepan banjir termenung.

Jelasnya, kerajaan negeri terlebih dahulu akan mendapatkan maklumat dan data terperinci jumlah mangsa terlibat.

"Kita akan melihat keperluannya nanti kepada peniaga yang mungkin tidak mengharapkan bantuan RM500, RM1,000 atau RM2,000 kerana kerugian mereka besar.