Kerajaan Selangor akan meneliti bantuan tambahan kepada penjaja dan peniaga kecil yang terjejas akibat banjir, khususnya di Kuala Selangor

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan meneliti bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil yang terjejas akibat banjir bagi meringankan beban golongan itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin berkata pihaknya bersedia membantu mangsa terkesan itu, terutama di kawasan Kuala Selangor yang masih berdepan situasi banjir termenung.

Beliau berkata kerajaan negeri terlebih dahulu akan mendapatkan maklumat dan data terperinci mengenai jumlah mangsa terlibat.