kartika@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Malaysia Aviation Group (MAG), menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) dengan Airbus bagi pengambilalihan Sepang Aircraft Engineering (SAE) serta mengukuhkan keupayaan kumpulan itu dalam sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).
SAE ketika ini adalah anak syarikat milik penuh Airbus Group dan pengambilalihannya menjadi antara langkah strategik MAG di bawah Pelan Perniagaan Jangka Panjang 3.0 (LTBP 3.0).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Nasaruddin A Bakar berkata, pengambilalihan itu mencerminkan pendekatan kumpulan untuk melaksanakan pelaburan secara berdisiplin dalam bidang yang mempunyai potensi menjana nilai mampan.






