Lebih dua bulan, Malaysia berdepan jerebu rentas sempadan yang turut menjejaskan negara jiran, termasuk Singapura. Kesengsaraan ini sangat berkait rapat dengan aktiviti manusia yang tamak haloba, dan keadaan bertambah buruk disebabkan cuaca panas dan kering akibat El Niño.
Malah pemanasan global turut meningkatkan risiko keadaan cuaca yang memudahkan kebakaran merebak. Belum jauh pengalaman berjerebu itu berlalu, negara kini berdepan musim tengkujuh pula.
Monsun Timur Laut (MTL) mula melanda. Amaran hujan lebat berterusan. Ia mengingatkan rakyat supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir.
Pada masa sama, El Niño di Pasifik terus menguat dan dijangka memasuki fasa sangat kuat atau ‘Super El Niño’. MetMalaysia menjangkakan kesannya lebih ketara menjelang penghujung MTL antara Januari hingga Mac 2027, apabila hujan berkurangan terutama di utara Semenanjung dan Sabah.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FGerakanChanCheeHowappointedTerengganuadun2026111602_613347.png&w=480&output=webp&q=85&we)