Ketua Pembangkang Kedah Bau Wong Bau Ek gesa peruntukan itu tidak hanya tertumpu kepada projek berskala besar tetapi turut mengambil kira masalah bekalan air dihadapi rakyat di kawasan luar bandar.PETALING JAYA: Kerajaan Kedah digesa menjelaskan syarat pembayaran balik dan implikasi kewangan pinjaman RM138.75 juta daripada kerajaan persekutuan yang membentuk sebahagian besar daripada peruntukan dana pembangunan bekalan air negeri berjumlah RM143.75 juta.
Ketua Pembangkang Kedah, Bau Wong Bau Ek, berkata pentadbiran negeri perlu mendedahkan kadar faedah pinjaman itu, tempoh pembayaran balik serta sama ada kerajaan negeri atau syarikat air negeri yang menanggung tanggungan pembayaran balik pinjaman.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FGerakanChanCheeHowappointedTerengganuadun2026111602_613347.png&w=480&output=webp&q=85&we)