MANILA: Kerjasama dengan China perlu diperluas dalam memacu transformasi digital dan inovasi, khususnya dalam meneroka potensi kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata usaha itu termasuk memperkukuh kerangka tadbir urus AI dan mekanisme kawal selia bagi menangani risiko baharu yang timbul dalam ekosistem digital.

Beliau berkata, di sebalik ketidaktentuan landskap global, hubungan ASEAN-China bukan saja kekal utuh, malah terus berkembang dan diperkukuh dari semasa ke semasa.

Katanya, Malaysia turut menghargai sokongan berterusan China terhadap prinsip kesepaduan ASEAN, mekanisme yang diterajui ASEAN serta Wawasan Komuniti ASEAN 2045.