KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang sebelum ini disiasat kerana menyamar sebagai juriring (ADC) Raja Muda Selangor, dipenjara setahun dan dua kali sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki berkaitan tawaran pembelian aset hartanah.

Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid menjatuhkan hukuman itu terhadap Al Zulfadly Alias, 40, selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang didakwa ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman yang dijatuhkan itu berjalan serentak dari tarikh tangkap.

Dalam prosiding sama, tunangnya, Nurul Nur Syahirah Kamarudin, 37, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan sama.